11 November 2010 Khamis
4.04pm
Tengah aku syoksyok tengok movie kat laptop kawan aku, tibatiba fon berbunyi. Owh.. kandaku abang man yang call. Dia tanya, aku dah ambil ke belum mp4 ku yang tertinggal dalam kereta dia. Eh! Terkejut aku. Last aku jumpa dia, Khamis lepas. Ohh.. sah lah, mp4 ku sudah dikebas orang. Alahh.. mp4, nantinanti ada rezeki lebih, beli lah lagi. Lagipun, mp4 tu aku sendiri panggil “mp4 eksiden”. Hahaha! Dah pecahpecah dah pun skrinnya. Eh! Berbalik pada cerita abang man call aku tadi. Masa tu abang man tengah cari car wash, tapi tak jumpajumpa. Alahai.. aku kan ada. Aku punyalah minat cuci kereta. Aku pun offerlah nak cuci kereta dia. Set, pukul6 abang man akan datang menjemputku.
6.03pm (lewat 3minit! huhuhu)
Abang man dah tersadai kat luar kereta dia, tengah hisap rokok. Aku dah pakai sakaisakai, dah bersemangat gila nak cuci kereta dia, sekali dia bawak jalanjalan daaa. Jalan punya jalan, tibalah kami di sebuah shopping mall. Terus masuk ke satusatunya bookstore yang ada dalam mall tu. At first, aku singgah kat bahagian entrepreneurship. Belekbelek dua tiga buah buku, ah! bosanlah. Aku pun pergilah ke bahagian yang ku kira, antara bahagian yang aku minat lah jugak sejak akhirakhir ni. Kat bahagian tu ada signage “Agama”.
Dua tiga hari sebelum tu, aku memang dah pergi dah mall tu, tapi dengan kawan lainlah. Masuk bookstore tu dan ke bahagian yang sama pun dah. Masa tu aku cari buku panduan solat. Sajasaja cari, nak buang masa kat bookstore tu dan nak tengoktengok sikitlah isi kandungannya. Bukan nak beli pun, pasal tak ada duit masa tu. Niat betulbetul nak cari buku tu je. Unfortunately, dari rak yang paling atas, sampailah ke bawah sekali. Satu buku panduan solat pun tak ada. Buku yang ada, macam mana nak jadi isteri solehah lah, sakaratul maut lah, alam barzakh lah, and etc etc lah kan. Hishhh.. kalau buku yang tunjuk ajar solat pun tak ada, macam mana lah aku nak jadi isteri yang solehah? Macam mana nak mati dalam keadaan yang baik? Macam mana nak make sure kat dalam kubur nanti aku boleh “tidur” dengan tenang? Tapi.. dengan berkat kesabaran kawan aku tu, dia TERjumpa satu buku panduan solat yang terselit, tu pun kat rak yang bawahbawah. Best buku tu. Ada gambargambar dan tulisannya besarbesar. Senang nak baca. Hehehe..
Berbalik pada cerita aku dengan abang man. Masa aku sampai kat bahagian tu, abang man tengah kat bahagian lain. Aku tak perasan dia pergi bahagian mana. Tahutahu dah lesap. Aku capailah buku yang aku jumpa dua tiga hari lepas. Lebih kurang seminit lepas tu, abang man sampai kat tempat aku, dengan sebuah buku kat tangan dia. Aku tunjuk kat dia buku yang aku capai tu. Aku cakap, nanti bila dah ada duit, aku nak datang lagi, nak beli buku tu. Abang man pun ambil buku tu dan belekbelek. Abang man kata, buku tu isi kandungannya berat bagi insan macam aku. Belum sesuai untuk aku rujuk buku tu. Owh.. Alhamdulillah, lega hati aku bila abang man tegur macam tu. Tak terfikir pulak aku yang aku mungkin akan keliru atau tak faham dengan kandungan buku tu. Ada hikmahnya aku tak ada duit masa tu, dan masa dua tiga hari sebelum tu. Kalau tak, mesti aku dah beli buku tu dan mungkin siasia saja aku beli buku tu pasal tak faham.
Then, aku pun jalanjalan la ke bahagian lain dalam bookstore tu. Abang man pergi kat bahagian diari. Malas aku nak ikut mana abang man. Pasal new year lambat lagi. Hihihi :P Aku pergi ke bahagian bukubuku baru. Lepas abang man abis bayar kat cashier, dia panggil aku. Yelah, takkan nak tinggalkan aku dalam bookstore tu pulak, kan? Masa dah nak keluar dari bookstore tu, abang man suruh aku pegang plastic bag bukubuku tu. Alahaiii.. nak buli aku suruh pegang plastic bag lagi lah tu. Mulamula aku gedikgedik lah tak nak pegang, pasal aku tahu dah trick dia tu. Sampai ke sudahlah aku bakal pegang plastic bag tu. Lastlast aku mengalah jugak. Pasal aku memang tak pernah menang pun kalau dah kena buli ngan abang man ni. Elok je aku pegang plastic bag tu, abang man kata “Ambillah, hadiah.” Wahhh.. melopong aku sekejap. Apa?? Hadiah?? Weee!! Dah lama tak dapat hadiah. Hahaha..
Sambil jalan, aku keluarkan bukubuku yang ada dalam plastic bag tu. Ada tiga buku. Buku yang abang man pegang awalawal tadi (Remaja Islam – Kembali Pada Pemikiran Al-Quran dan Sunah), Diari Muslimah 2011 dan Diari Islam 2011.
Remaja Islam – Kembali Pada Pemikiran Al-Quran dan Sunah. Nipis saja buku ni. Bila aku belekbelek, aku rasa seronok. Isi kandungannya tak complicated. Ringkas, mudah difahami dan berjaya jawab persoalan yang selalu bermain di minda. Tak percaya?? Nak aku ceritakan di sini, tak larat lah aku. Mungkin aku akan kongsi di post yang seterusnya. Insyaallah.
Diari Muslimah 2011. Cantik diari ni. Aku tak pernah tengok diari macam ni. Siap ada diari muslimah pulak ek. Huhuhu.. Best, warna pink! Memang favourite colour lah. J Lagi satu, banyak infoinfo menarik dalam diari tu. Seriously, menarik infonya. Artikelartikel yang aku tak pernah terfikir nak google. Insyaallah, akan aku catatkan perjalanan aku dalam mencari sinar Islam yang sebenar didalamnya.
Diari Islam 2011. Diari ni pun tak kurang hebatnya. Kat first page ada gambar Kaabah. Pembakar semangat untuk aku mula menabung untuk jejakkan kaki di sana. Insyaallah. Di dalamnya, ada banyak info jugak. Yang lagi menarik, di setiap page, ada doa, potongan ayat al-Quran dan hadis nabi. Ya, di setiap page. Menarik gila!! Dalam diari yang ni pulak, aku nak catatkan segala perjalanan aku sebagai seorang student dalam mencapai citacita. Insyaallah.
Lepas tu, kami duduk kat tepi satu kolam. Best kolam tu, aku suka. Ada ikan kap besarbesar. Ikan lain pun ada. Tapi aku tak kenal. Huhuhu.. Hish! Bukan nak cerita soal ikan di sini, tapi nak cerita apa yang aku dan abang man bualkan masa duduk tepi kolam tu. Abang man bagi test kat aku. Dia suruh aku listkan Rukun Islam dan Rukun Iman. Abang man hurai kat aku pasal rukunrukun tu. Lepas agak lama berbual, kami pergi makan kat foodcourt. Ruparupanya kami berkongsi kegemaran yang sama kat foodcourt tu; ABC Special. Lepas dah makanmakan dan bualbual panjang dan ABC Special pun dah licin, kami pun balik.
Dalam perjalanan pulang, abang man ajar aku cara solat. Walau hanya dalam kereta tanpa sebatang pen dan sehelai kertas, Alhamdulillah, aku dapat fahami dengan baik apa yang disampaikan oleh abang man. Alah.. solat tu kan praktikal. Buat apa nak pen dan kertas? Lagi pun, dari darjah satu sampai form five aku belajar subjek agama kat sekolah. Tetap failed jugak bab solatsolat ni. Nak tahu apa sebabnya? Pasal aku belajar untuk score dalam exam saja. Seriously aku tak tipu, untuk subjek agama, masa PMR aku dapat gred A, masa SPM aku dapat gred A1.
Sesudah abang man hantar aku kembali ke campus, aku bergegas pulang ke rumah ku. Rumah kongsi dengan classmates lah maksud aku. Sepanjang aku berjalan kaki menuju ke rumah, aku rasa happy sangatsangat. Mengalir air mata kegembiraan aku. Excited gila nak solat.
Dipendekkan cerita, sampai saja rumah, aku terus balut bukubuku yang abang man beri dan bergegas mandi. Setelah sekian lama aku tak mandi wajib, akhirnya malam ni aku mandi wajib. Bukan aku tak reti mandi wajib. Aku yang malas. Yelah, bukan aku solat pun, bukan aku baca al-Quran pun. Buat apa nak mandi wajib, kan? Selesai mandi wajib, aku pergi bilik kawan aku. Aku tumpang solat kat bilik diaorang. Aku tak tahu kiblat kat mana. Bilik aku pun, lebih kecil berbanding bilikbilik lain dalam rumah ni. So, lebih selesalah kalau aku solat kat bilik kawan tu. Ni ada dialog sikit sebelum aku solat:
Kawan : Wahhh.. biru lagi kain telekung kau. Keras lagi pulak tu.
Aku : Telekung ni ex-boyfriend aku yang hadiahkan. Mak dia yang pilih telekung ni. Tapi since dia bagi, aku tak pernah pakai pun walau sekali.
(Dah setahun lebih dah telekung tu aku tak sentuh langsung since ex-boyfriend aku sampaikan telekung tu pada aku)
Kawan : (senyum saja)
Aku : (terus solat Isyak)
Lepas solat, aku borakborak kejap dengan housemates sambil main sms dengan abang man. Blablabla.. dan aku tertidur.
Alhamdulillah. Begitulah penghujung hari ku yang juga permulaan “hidup baru” di malam Jumaat. Moga mendapat lebih keberkatan dari Allah. Insyaallah.
Banyak lagi yang mahu aku ceritakan tentang 11 November 2010. Tapi, cukuplah aku highlightkan tentang bagaimana perjalanan aku dalam mengambil keputusan drastic untuk mula solat. Aku pun tak banyak masa nak menaip ni. Bukan kedekut ilmu nak kongsi experience, tapi komitmen pada pelajaran turut perlu aku tunaikan. Sekarang aku nak pergi study. Nanti bila aku free, aku post lagi. Insyaallah.
Wassalam.