Ini blog aku yang keempat. Kali ni aku bukan nak berkarya macam dalam blogblog aku yang lain. Dalam blog ni, aku khaskan untuk kongsi cerita yang ku kira, mungkin bakal membantu insan yang turut mencari arah tuju hidup yang benar macam aku.
Semestinya, harus ku perkenalkan diri ku. Aku seorang gadis berusia awal dua puluhan. Baru masuk dua puluhan pun. Hehehe.. Masih menuntut di sebuah IPTA di pantai timur Tanah Melayu. Aku dibesarkan di pantai barat, dalam sebuah bandar yang membangun. Tapi kini keluargaku baru berpindah ke sebuah kawasan di pinggaran bandar. Ya, asalnya aku benci kawasan rumah baru ku itu. Tapi, ada sesuatu yang tak pernah aku rasakan, ketenangan dan kedamaian yang sememangnya tak mungkin aku dapat semasa kami masih menetap di rumah lama dulu. Oh! Cerita soal tempat tinggal baru ku, mungkin dalam post yang seterusnya. Kerana banyak lagi yang mahu aku kongsi mengenainya. Aku merupakan seorang kakak kepada tiga orang adik lelaki. Tapi, orang selalu fikir aku anak bongsu. Kenapa ya?...
Aku rasa, cukup sekadar ini aku introduce-kan tantang diri ku. Yang lainlain, akan ku kongsikan dalam post yang seterusnya. Insyaallah J
Oh ya, buat masa ini, aku belum bersedia untuk meng-expose-kan diri ku yang sebenar pada para pembaca. Jadi, gambargambarku belum mungkin akan aku upload-kan. Cukuplah aku kongsikan mengenai perjalanan hidupku dahulu. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan