Sabtu, 20 November 2010

.:dah tak sama #1:.

dulu >>> keras hati
sekarang >>> dah lembut sikit.. kot?

alkisahnya, sekarang ni, sangat mudah untuk aku mengalirkan air mata. tengok movie pun, boleh senangsenang mengalir air mata. barubaru ni, aku gaduh dengan seorang dewasa, aku tengking dia, lepas tu terus aku nangis. padahal, aku dengan insan tu bukan ada pertalian darah pun. mungkin kerana rasa bersalah menyelubungi diri selepas menyedari diri ini tidak menghormati insan yang lebih tua. kalau sebelum ni, aku lah raja mengamuk. kalau nak serang orang, nak maki orang, nak  warningwarning, kawankawan cari aku. pasal bila aku mengamuk, umpama gunung berapi yang sedang memuntahkan laharnya. aku lah jugak raja segala caci maki. kalau bab mencarut, aku lah champion. mulut aku ni, dah boleh jadi kamus perkataan mencarut. baik bahasa melayu, mahupun inggeris. raja menghina orang pun, aku jugak. sekali panas dah naik kepala, aku cakap pakai lepas je. tinggi rendah langit pun aku tak hirau dah. mak bapak mangsa + tempat tinggal mangsa + tahap education mangsa + background mangsa lah yang jadi bahan utama. tak pernah ada sorang pun mangsa yang tak menangis bila mulut aku kerjakan. baik lelaki, mahupun perempuan lebihlebih lagi.
aku pun pelik, macam mana aku boleh jadi macam ni. padahal tak ada pun aku lalui sebarang sesi kaunseling. niat nak berhenti jadi baran pun, tak pernah terlintas difikiran. tahutahu, aku dah macam ni.
kenapa ya??
apaapa pun, syukur, aku sempat sedar perubahan ni. sekurangkurangnya, insyaallah, dapat aku kekalkan.

moral of the story :  beringat sebelum kena. tuhan tu maha segalanya. kita ni tak ada apaapa pun. bila tuhan nak tunjuk kuasanya, sekelip mata saja, settle semuanya. tak terduga oleh kita kuasa tuhan tu. alhamdulillah, tuhan beri peluang untuk aku beringat sebelum diturunkan musibah yang maha dahsyat ke atas dosadosaku sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan